14 JUN, bermulanya tarikh pelaksanaan aktiviti-aktiviti Bulan Bahasa Melayu.
Guru besar, Tn. Hj. Mat Rippin telah menyempurnakan majlis perasmian Bulan Bahasa diikuti dengan persembahan bercerita dari murid-murid pra dan murid-murid tahap 1. En. Mohd. Shuhaimy, setiausaha panitia Bahasa Melayu, juga telah memberi penerangan ringkas berkenaan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan termasuk penyertaan dari kalangan guru-guru yang tidak mengajar Bahasa melayu.

i missed my student....
ReplyDelete