
ASSALAMUALAIKUM..... semua murid tahun 6 hari ini telah mendapat pengalaman latihan PKLN di cancun park di bukit tuku. Tempatnya sungguh menarik dan jurulatih-jurulatih PKLN telah menyambut rombongan kami dengan penuh meriah dan di luiar jangkaan kami. Cancun Park ini ialah kem latihan PLKN yang seluas 27 ekar. Landskapnya sungguh menarik. Kami telah diberi taklimat , demonstrasi aktiviti-aktiviti seperti fox flying dan pelbagai lagi.. sori tak ingat nama spesifik. Yang menariknya cikgu Rozmi, Ghasadah dan En. Zaki telah berjaya menyempurnakan aktiviti yang mencabar iaitu fox flying. Menurut pihak pengurusan PKLN. sekolah kami adalah sekolah pertama yang membuat lawatan ke cancun park. Sekolah kami di bawah pengurursan PKKO. Tn. Hj. Zakaria yang turut serta dalam lawatan ini selaku pengurus lawatan berpendapat lawatan ini amat bermakna bukan untuk murid sahaja bahkan guru-guru juga. Insyallah lawatan ini akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang.

No comments:
Post a Comment